Beautiful Me

The Disclaimer





Hello and Welcome my fat zomba(s). You have entered to blablabla. I just shared what I like and feel. Put your own words. I hope you like my new skins. Thank you :)

Travel This Site



The Cbox Song



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed


Credits


This skin is made by : Mrs AF
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Your Name 2011 - 2012


Bahana Charlie di Musim Menuai Padi.


Tuesday, January 17, 2012 3:01 AM 1 Atashinci(s)





:21::22:Assalamualaikum semua. Sebagai salah seorang warga Uitm Perlis,saya nak share sikit tentang Charlie yang diesebut-sebut orang:face47:. Jom terjah fakta serangga ini:65::65:


:100:

Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai “elitron”. Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.



:124:Diharap dengan info nie,yang lain dapat bersedia dan tahu ape nak buat.Berhati-hatilah.. Takutttttt:face73:

Contest Ini Blog Saye.


Friday, October 28, 2011 8:38 AM 2 Atashinci(s)



:67:Saya telah diajak/dijemput/diminta/di..Yang seumpama dengannya untuk menyertai satu contest ni :face44: So,here the rules:(Saya dah memenuhi syarat yerr)
  • Follow Blog Dato, Mai [Saya], dan Ilyana.
  • Like page ini dan ini.
  • Buat satu entry mengenai entry ini dan letakkan banner nya sekali.
  • Bagi sebab-2 kenapa awak sayang blog awak [tulis apa yg special kat blog u all].
  • Tag sekurang-kurangnya dua blogger.
  • Jika kurang dari 15 contestant, Contest akan serta merta terbatal.
  • Tarikh contest ini bermula dari 27 Oktober 2011 hingga 20 November 2011.


:79:Sebab apa saya sayng blog saya ni ya.. Sebab pertama saya boleh share semua pengalaman saya,boleh tulis apa yang saya suka dan tak suka serta saya jugak boleh bertemu ramai kawan.Ape yang istimewa kat blog saya ya? Sebab dia warna pink dan simple.Kan kan? :face56: Apa-apa pun,yang pasti,Saya memang sayangkan blog saya walaupun tanpa sebab:q::q: Saya akan tag Erleena dan Fatinaina.. :79:

Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!


5:47 AM 1 Atashinci(s)



:t:Syarat-Syaratnya ialah:
1) LIKE fanpage ni

2) Post entri dengan tajuk "Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!" , letak banner blog dan linkkan ke entri ni.

3) Tag kalo nak tag.

4) letak URL entri korang ke entri ni. kalo kat tempat lain Cik Bunny tak terima =p

Tarikh tutup: 20 November 2011


Giveway by, Marliyana Mk


5:17 AM 1 Atashinci(s)



:65:syarat-syarat penyertaan :

1. Buat satu enteri khas yang bertajuk : "giveway by, Marliyana Mk"
2. Sila follow blog ni..sertakan Name ID sekali (so, senanglaa nak tahu update terkini kan :)
3. Letak banner GA ni dalam enteri anda dan linkkan ke enteri ni.
4. Tag 3 orang rakan anda.
5. Nak like blog ni amat dialu-alukan.
6. Dah siap enteri? Tinggalkan URL enteri anda ke ruangan komen.


  • TARIKH TUTUP GA ini pada : 18/11/2011
:94:Suhada
:95:Eyryn

Real Steel :)


1:31 AM 6 Atashinci(s)



:79:Real Steel bukan sekadar aksi robot

MEMANG nampak pelik tapi menarik dan lucu menonton filem Real Steel apabila dua gergasi keluli dengan tubuh sasa mengikut badan manusia, bergasak dalam gelanggang tinju.

Tidak ada titisan darah terkeluar tetapi kedengaran bunyi berdenting apabila dua logam keluli berlaga yang kadang-kadang terasa ngilu pula apabila mendengarnya.
Ironinya, pada masa depan, dalam dunia perfileman, manusia sudah tidak diperlukan jadi pemain wataknya. Mungkin, robot akan mengambil alih untuk menjadi pelakon.

Mungkin ada yang beranggapan, robot tidak ada perasaan untuk menghayati rasa cinta, kecewa dan gembira. Robot selalunya dikaitkan dengan keganasan dan kekejaman. Tapi jangan lupa, filem seperti Bicentennial Man, I-Robot dan Artificial Intelligent (A.I) adalah anatra filem yang menggambarkan robot mempunyai perasaan terhadap manusia.

Begitu dengan filem Tamil, Endhiran (The Robot) lakonan B Rajnikant sebagai robot yang diberikan ‘hati dan perasaan’ sehingga jatuh cinta dengan teman wanita si penciptanya sendiri iaitu Aishawarya Rai.

Dalam Real Steel, memaparkan mengenai keberanian dengan palitan nilai kasih sayang adalah perisai bagi mengalahkan segala-galanya sehingga besi yang keras dapat dilembutkan.
Begitulah yang di imaginasi lalu diadaptasikan dalam buah tangan terbaru Shawn Levy yang sebelum ini mengarahkan filem Night At The Museum dan Date Night.

Ketika mendengar dan menonton sedikit thriller dari filem ini, pastinya dibayangi filem robotik seperti Transformers atau Iron Man, namun ada perbezaan dalam penyampaian filem ini yang ditangani pengarah dengan garapan yang cukup ringkas dan kemas.

Nyata picisan karya anak kelahiran Montreal, Quebec ini tidak hanya berpaksikan aksi robotik dalam dunia filem ciptaannya semata-mata tetapi lebih menyingkap kepada nilai kasih sayang dan kemanusiaan sebagai inti pati yang menggerakkan naratif cerita.

Bijaknya pengarah ini apabila menggunakan subjek perhubungan yang mana akhirnya seorang anak berusia 11 tahun disatukan dengan ayah yang selama ini berhati batu dan mementingkan diri dalam dunia yang asing iaitu tinju robotik.

Lakonan Hugh Jackman sebagai peninju dan keserasiannya bersama pelakon kanak-kanak, Dakota Goyo yang bijak bermain dengan emosi melalui renungan matanya membawa penonton menghayati nilai sebenar kasih sayang yang diperlukan seorang anak yang membesar dan perlu melalui fasa kehidupan.

Memilih Jackman membawakan watak seorang bapa adalah pilihan yang dikira tepat kerana walaupun Jackman diacuankan oleh Shawn Levy sebagai bapa yang mementingkan diri, kasar dan mementingkan wang ringgit, tetapi istimewanya watak itu tidak langsung menimbulkan kebencian di hati penonton sepanjang penceritaan itu menemui penonton.

Ini kerana Jackman yang memegang watak Charlie Kenton disifatkan peribadinya dalam filem itu sebagai lelaki kasar dan keras kepala akhirnya layu dan tersungkur dalam pelukan serta kemahuan anak lelaki tunggalnya itu sehingga mengetepikan pendiriannya yang tidak mahu terbabit lagi dalam dunia tinju selepas robot mula menguasai sukan tinju pada zaman itu.

Reka bentuk set yang diilhamkan Tom Meyer mencapai tahap serta imaginasi sebuah rekaan set lakon yang berkesan dalam mengukuhkan lagi jalan cerita aksi robotik seperti itu. Tom Meyer bijak dalam memilih dan meletakkan robot ciptaannya ke dalam layar Real Steel kerana setiap rekaan ada karisma yang cukup kena dengan watak yang dicipta pengarah.

Genre aksi drama yang diserapkan yang ditulis oleh Dan Gilroy serta Jeremy Leven diadaptasi daripada cerita pendek Steel cetusan Richard Matheson itu dilihat memberi satu warna dalam pengolahan filem robotik yang mungkin dibayangkan sebagai filem ganas, aksi, pembunuhan tetapi ia sebenarnya membawa manusia dalam menilai sifat kemanusiaan yang hilang dan perlu dicari.

Apa yang agak dikesalkan pengakhiran yang ringkas dan kurang dramatik walaupun frasa ayah yang keluar dari mulut Max meruntun perasaan. Ini kerana penonton pastinya mahu melihat sesuatu yang lebih tragis berlaku dalam penyatuan dua beranak itu.

Istimewanya, pengarah juga tidak lupa memasukkan elemen humor dalam filem ini apabila memberi wajah kepada robot bernama Max sebagai yang mampu memberi tindak balas kepada perlakuan pemiliknya. Filem ini bermain dengan pelbagai rasa seperti aksi debaran, marah, kesakitan, pengorbanan, kasih sayang dan kelakar yang tidak menjemukan penonton.

Ringkasan Real Steel

Filem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri.

Minat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah.

Max tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata.

GENRE: Drama dan Aksi
TARIKH TAYANGAN: 13 Oktober
PELAKON: Hugh Jackman, Dakota Goyo, Anthony Mackie?, Evangeline Lilly?, Kevin Durand, Hope Davis, James Rebhorn? and Olga Fonda
PENGARAH: Shawn Levy.


:51:Movie terbaek. Korang takkan tertido tengok movie nie:face75:

Contest Blog Vintage dan Special


1:07 AM 0 Atashinci(s)



:61:Syarat-Syarat:
1. Follow blog Farahin dan Fadlin (wajib).

2. Like fanpage Farahin (tak wajib).

3. Buat entry yang bertajuk, "Contest Blog Vintage dan Special".

4. Letak banner di entry (wajib)

5. Tag dua rakan blogger (tak wajib)

6. Contest akan terbatal jika kurang 5 orang yang join.

7. Tinggalkan link contest di comment (tak kisah lah blog Farahin ke blog Fadlin)




:61:P/s: Contest yang menarik :face64:

Blog baru,Hari baru :)


Thursday, October 27, 2011 11:40 PM 0 Atashinci(s)



:m:Hye semua bloggers. Nie blog baru! yeaaayyy! Sebenarnya,secara jujur,ni blog yang kedua. Blog pertama saya Sini.. Pernah tengok blog itu? hehe. Jomlah follow blog saya ni. Saya akan follow korang semua balik. janji? ok?heeee:face56:

:m:P/s: Happy nyaaa!:face64: